24 January 2012

Projek Laluan Pelangi PPKI SKAP 2012

Alhamdulillah, kembali semula di tahun 2012, setelah sekian lama murid - murid bercuti. Seperti biasa, tahun baru menjelang, tentu sekali di susuli dengan azam baru bagi semua individu termasuklah murid - murid dan gurunya. Apakah azam anda tahun ini??? tentulah azam itu mahukan yang terbaik daripada tahun - tahun sebelum ini...

Setiap pembelajaran yang menarik minat murid sebenarnya di pengaruh serba sedikit oleh persekitaran pembelajaran. Justeru itu, tanggungjawab menyediakan keperluan pembelajaran yang lebih fleksibel, menarik, berfokus dan bersesuaian dengan keupayaan dan kebolehan murid berkeperluan khas perlu di wujudkan. Kelas dan persekitaran yang cantik dan ceria menimbulkan suasana yang interaktif dan kondusif di mana dapat menghasilkan situasi pengajaran dan pembelajaran yang mengembirakan, selamat dan berkesan.

Dengan itu, warga ppki skap telah merancang membuat satu projek keceriaan kawasan. Projek ini berkerjasama dengan panita kemahiran hidup dan Panitia Sains. Selain mencantikkan kawasan ppki skap, projek ini juga dapat mengajar tentang subjek kemahiran hidup untuk murid - murid seperti, bagaimana mencangkul tanah, meratakan tanah, menyemin bata, dan lain - lain lagi. Bagi Subjek sains pula, bagaimana tumbuhan itu boleh hidup dan kandungan - kandungan mineral dalam tanah.


Matlamat projek ini adalah

a. Menyediakan persekitaran pendidikan yang berkualiti untuk melahirkan insan yang berdikari, Berjaya dalam kehidupan dan memberi sumbangan bakti kepada masyarakat dan Negara.

b. Merangsang minat murid untuk bermotivasi positif untuk datang ke sekolah.

c. Menyediakan suasana persekitaran ppki yang indah, ceria dan menyeronokkan.


Kawasan Cadangan Keceriaan di lakukan..


Antara gambar aktiviti sepanjang projek "Menyemin" bata di lakukan.


(Klik pada gambar untuk paparan lebih jelas)

(Klik pada gambar untuk paparan lebih jelas)

(Klik pada gambar untuk paparan lebih jelas)

(Klik pada gambar untuk paparan lebih jelas)

1 comment: