02 February 2012

1 Murid 1 Sukan untuk murid pendidikan khas

Dasar 1 M 1 S mewajibkan setiap murid menyertai sekurang-kurangnya satu aktiviti sukan di sekolah. Dasar ini menyokong pelaksanaan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang berhasrat untuk melahirkan insan yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Justeru dengan dasar ini, setiap murid akan melibatkan diri secara aktif dengan menyertai aktiviti sukan sekolah sepanjang tahun. Dasar ini adalah selaras dengan Dasar Sukan Negara untuk membudayakan sukan di kalangan masyarakat dan hendaklah dimulakan di peringkat sekolah melalui dua strategi iaitu Sukan Untuk Semua dan Sukan Untuk Kecemerlangan.

Aktiviti sukan di bawah Sukan Untuk Semua adalah sangat penting dalam membina kesihatan, sahsiah dan kesejahteraan ke semua murid. Bagi Sukan untuk Kecemerlangan, prestasi murid yang berbakat dan berpotensi hendaklah terus dibangunkan di bawah Program Kecemerlangan Bakat Muda, Sukan Prestasi Tinggi Sekolah serta sukan lain yang mampu ditawarkan oleh pihak sekolah. Oleh yang demikian, penyertaan setiap murid dalam sukan adalah amat penting sebagai satu landasan mendokong aspirasi 1 Malaysia yang sihat, cergas, dinamik dan bersatu padu. Dasar ini selaras dengan hasrat YAB Perdana Menteri dalam mendokong semangat 1 Malaysia.

Oleh itu, PPKI SKAP juga menyambut baik dasar 1M1S ini dan juga di laksanakan pada semua murid pendidikan khas SKAP. Terdapat dua jenis sukan yang di laksanakan iaitu, FUTSAL dan juga PING PONG. Permainan FUTSAL di buat untuk murid - murid yang dilihat fizikalnya agak kuat. Manakala bagi permainan PING PONG di buat untuk murid - murid yang agak lemah. Ini di lakukan untuk memberi murid peluang untuk bersukan berdasarkan kebolehan dan kemampuan mereka.

Antara gambar murid - murid dalam aktiviti PING PONG :-

(Klik pada gambar untuk paparan lebih jelas)

(Klik pada gambar untuk paparan lebih jelas)

(Klik pada gambar untuk paparan lebih jelas)

(Klik pada gambar untuk paparan lebih jelas)

(Klik pada gambar untuk paparan lebih jelas)

No comments:

Post a Comment