10 May 2011

Alhamdulillah, sekali lagi PPKI SK ALor Pongsu menjadi juara dalam pertandingan nasyid sempena Majlis Tilawah Al - Quran Pendidikan Khas peringkat daerah kerian. Tontonlah video di bawah ini untuk tatapan bersama.
video

Barisan Kakitangan PPKI SK Alor Pongsu



Inilah barisan kakitangan PPKI SK Alor Pongsu bagi sesi 2011.
( Utk paparan lebih jelas, klik sahaja pada gambar di atas )

Barisan belakang dari kiri - Ema, Suzi, Naziera, Balkhis, Ima, Zaira, Amy, Azizah
Barisan hadapan dari Kiri - Azril, Syarul, Rohaini, En. Yeop (GB), Nua, Azham

01 May 2011

KEM KECEMERLANGAN & JATI DIRI PELAJAR PPKI SK ALOR PONGSU


Alhamdulillah, SYUKUR pada Allah.. kali ni semua murid PPKI SK Alor Pongsu berjaya menjalani satu KEM KECEMERLANGAN & JATI DIRI bertempat di PUSAT KO-KURIKULUM NEGERI PERAK, PULAU PANGKOR, PERAK.. Satu pengalaman yang tidak dapat di lupakan dengan mudah bagi setiap individu yang hadir menjayakan program ini. Bukan pada para juru latih, Guru - guru, PPM ataupun Murid itu sendiri. Pelbagai kelakuan dan peristiwa yang cukup mencuit hati, mengembirakan ataupun menyeronokkan :) Bila di tanya pada murid - murid, pasti jawapan mereka "Cikgu bila kita akan datang lagi??"


1.0 PENGENALAN

Murid-murid berkeperluan khas adalah murid-murid yang memerlukan program yang berbeza mengikut keperluan mereka.Murid dengan keperluan khas juga sebenarnya boleh dididik agar mampu berdikari tanpa bergantung kepada orang lain.Oleh itu warga pendidik pendidikan khas SK Alor Pongsu merancang untuk mengadakan program Kem Kecemerlangan Sahsiah Dan Jati Diri untuk murid-murid ini.Ini adalah satu usaha untuk mewujudkan generasi yang cemerlang dari segi akhlak dan sahsiah di samping dapat menanamkan sikap yakin diri serta mampu berdikari di masa hadapan.


2.0 RASIONAL

Kem Jati Diri Pendidikan Khas ini merupakan salah satu daripada aktiviti Pendidikan Luar yang rasionalnya wajar dilakukan sebagai satu pendedahan kepada murid-murid berkeperluan khas supaya mereka dapat menyerlahkan potensi diri dari segi kebolehan berdikari,berdisiplin serta bersahsiah mulia


3.0 MATLAMAT

Melahirkan generasi yang tinggi kemahirannya dalam berdikari di samping memiliki nilai-nilai rohani dan sahsiah serta jatidiri yang matang dan berketerampilan


4.0 OBJEKTIF

Kem Jati Diri ini diadakan untuk:-
i.Memberi pendedahan kepada murid tentang cara hidup berdikari,berani dan berikhtiar tanpa perlu bergantung sepenuhnya kepada orang lain.
ii. Membina persefahaman,ketabahan,ketahanan diri dan mengamalkan nilai-nilai murni dalam pergaulan
iii.Membina disiplin diri,semangat bekerjasama,menurut perintah serta melatih kepimpinanmurid
iv.Mengeratkan hubungan dikalangan warga PPKI SK Alor Pongsu


5.0 TARIKH MASA DAN TEMPAT

Tarikh : 27-29 April 2011
Hari : Rabu-Jumaat
Tempat : Pusat Ko-Kurikulum Negeri Perak,Pulau Pangkor,Perak


Semoga aktiviti ini akan memberikan satu idea pada guru - guru lain untuk memberi peluang pada murid mencari ruang untuk merehatkan minda sekaligus menaikkan motivasi murid - murid itu sendiri. Semoga usaha kita di berkati untuk memberi warna pelangi pada kanak - kanak PPKI ini. :)