31 July 2010

PPKI SK Alor Pongsu Beraksi Di Bukit Merah Laketown Resort

Buat pertama kalinya, PPKI SK Alor Pongsu mendapat satu penghargaan dimana pelajar - pelajar pendidikan khas di jemput membuat persembahan tarian 1 Malaysia bertempat di Bukit Merah Laketown Resort pada 31hb Julai 2010. Pelajar Pendidikan Khas membuat 2 kali persembahan pada hari yang sama iaitu pada jam 3pm dan 5pm... Ramai Pengunjung memberikan tepukan yang gemuruh kepada pelajar - pelajar ini setelah habis persembahan.

Alhamdulillah, pelbagai pujian di terima daripada penggunjung yang melihat persembahan pelajar. Secara tidak langsung, pujian - pujian tersebut telah menggangkat nama baik pelajar - pelajar Pendidikan Khas bahawa mereka mampu memberi yang terbaik walaupun didalam status Orang Kurang Upaya (OKU). Sidang akhbar juga memberi pengiktirafan dengan memaklumkan kepada orang umum bahawa pelajar - pelajar ini mampu memberikan persembahan. Terima Kasih kepada Bukit Merah Laketown Resort kerana menjemput pelajar pendidikan khas dari SK Alor Pongsu untuk membuat persembahan. Terima Kasih atas penghargaan tersebut.

Begitu juga dengan Media Cetak iaitu Berita Harian dan Sinar Harian kerana memampangkan nama SK Alor Pongsu. Secara tidak langsung, Masyarakat boleh menerima kehadiran pelajar - pelajar OKU untuk di iktiraf dan mampu melakukan sesuatu dengan sebaiknya.



No comments:

Post a Comment