10 February 2012

Sambutan Maulidur Rasul

Hari ini semua pnp di tangguhkan kerana sekolah mengadahkan sambutan maulidur rasul yang bertemakan " PERSEFAHAMAN ASAS PERPADUAN UMMAH". Beberapa aktiviti menarik yang dijalankan seperti ceramah maulidur rasul yang di sampaikan oleh Ustaz Abdul Rahman b. Hj Ahmad yang juga seorang bekas Pengetua Sek. Ren. Islam. selain itu, aktiviti kuiz, aktiviti melukis dan mewarna. Semua warga SKAP termasuk PPKI SKAP terlibat dalam menjayakan program ini. Berikut antara gambar yang sempat di ambil sepanjang program dilaksanakan.


02 February 2012

1 Murid 1 Sukan untuk murid pendidikan khas

Dasar 1 M 1 S mewajibkan setiap murid menyertai sekurang-kurangnya satu aktiviti sukan di sekolah. Dasar ini menyokong pelaksanaan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang berhasrat untuk melahirkan insan yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Justeru dengan dasar ini, setiap murid akan melibatkan diri secara aktif dengan menyertai aktiviti sukan sekolah sepanjang tahun. Dasar ini adalah selaras dengan Dasar Sukan Negara untuk membudayakan sukan di kalangan masyarakat dan hendaklah dimulakan di peringkat sekolah melalui dua strategi iaitu Sukan Untuk Semua dan Sukan Untuk Kecemerlangan.

Aktiviti sukan di bawah Sukan Untuk Semua adalah sangat penting dalam membina kesihatan, sahsiah dan kesejahteraan ke semua murid. Bagi Sukan untuk Kecemerlangan, prestasi murid yang berbakat dan berpotensi hendaklah terus dibangunkan di bawah Program Kecemerlangan Bakat Muda, Sukan Prestasi Tinggi Sekolah serta sukan lain yang mampu ditawarkan oleh pihak sekolah. Oleh yang demikian, penyertaan setiap murid dalam sukan adalah amat penting sebagai satu landasan mendokong aspirasi 1 Malaysia yang sihat, cergas, dinamik dan bersatu padu. Dasar ini selaras dengan hasrat YAB Perdana Menteri dalam mendokong semangat 1 Malaysia.

Oleh itu, PPKI SKAP juga menyambut baik dasar 1M1S ini dan juga di laksanakan pada semua murid pendidikan khas SKAP. Terdapat dua jenis sukan yang di laksanakan iaitu, FUTSAL dan juga PING PONG. Permainan FUTSAL di buat untuk murid - murid yang dilihat fizikalnya agak kuat. Manakala bagi permainan PING PONG di buat untuk murid - murid yang agak lemah. Ini di lakukan untuk memberi murid peluang untuk bersukan berdasarkan kebolehan dan kemampuan mereka.

Antara gambar murid - murid dalam aktiviti PING PONG :-

(Klik pada gambar untuk paparan lebih jelas)

(Klik pada gambar untuk paparan lebih jelas)

(Klik pada gambar untuk paparan lebih jelas)

(Klik pada gambar untuk paparan lebih jelas)

(Klik pada gambar untuk paparan lebih jelas)

01 February 2012

LADAP KSSR untuk PPKI SKAP

PPKI SKAP telah membuat satu LADAP berkaitan KSSR tahun 1 dan 2. Semua guru - guru PPKI SKAP hadir untuk mendengar penerangan KSSR yang di sampaikan oleh PUAN AZNATUL ZAIRA BINTI MOHD KASIM dan juga PUAN SUZILAWATI BINTI ISMAIL... Banyak info yang di perolehi daripada LADAP ini...

Antara gambar - gambar sepanjang LADAP dilaksanakan.

(Klik pada gambar untuk paparan lebih jelas)

(Klik pada gambar untuk paparan lebih jelas)

(Klik pada gambar untuk paparan lebih jelas)

Anak Yang DiPukul Semasa Kecil Lebih Berjaya Dalam Hidup

Anak yang pernah dipukul ketika kecil akan membesar dengan lebih bahagia dan berjaya dalam hidup mereka berbanding dengan mereka yang tidak pernah dipukul semenjak kecil.

Demikian hasil kajian yang dijalankan di Amerika oleh Marjorie Gunnoe, seorang pensyarah psychologi di Calvin College, Michigan.

Kanak-kanak yang dipukul sehengga umur 6 tahun didapati lebih baik pencapaiannya di sekolahdan mempunyai sikap yang lebih optimistik terhadap kehidupan berbanding dengan mereka yang tidak pernah dipukul ibubapa. Mereka juga lebih senang membuat kerja-kerja sukarela dan amat berminat untuk menyambung pelajaran ke peringkat yang lebih jauh.

Bagi mereka yang dipukul sehingga berumur 6 tahun, pencapaian mereka adalah lebih baik dalam segala hal dan sikap mereka adalah lebih terkawal dari segi perkara-perkara negatif. Bagi mereka yang terus dipukul dari 7 tahun ke 11 tahun, pencapaian pelajaran mereka masih lebih baik dari yang tidak pernah dipukul namun dari segi sikap negatif mereka agak ketara seperti terlibat dalan pergaduhan dan sebagainya. Keputusan dari kajian ini mencetuskan kemarahan kepada para pejuang hak kanak-kanak yang meniduh ini akan menggalakan lagi penderaan kanak-kanak.

Namun ramai para ibubapa yang bersetuju dengan penemuan tersebut dan mereka sepatutnya perlu memukul anak-anak sekadar yang perlu untuk mengajar. Kita sepatutnya boleh membezakan antara rotan atau pukul anak untuk mengajar dengan menumbuk muka. Tidak sepatutnya aduan polis dilakukan jika seseorang memukul untuk mengajar. Kita di Malaysia semakin terikut-ikut dengan sikap orang barat yang berjuang menjaga hak macam-macam termasuklah hak kanak-kanak sampai tak boleh disentuh lansung.

Sedangkan kajian membuktikan sebaliknya, kanak-kanak yang biasa di rotan sebagai mengajar adalah perlu untuk menyediakan mereka kepada kehidupan yang lebih bererti. Jadi para ibubapa jangan sampai tak pukul anak lansung sebab nak ikut barat, kesian dan sebagainya. Tapi jangan pula sampai bertinju dengan anak-anak sampai anak masuk ICU.


KESIMPULAN :-

>> Memukul atas niat mengajar bukan mendera.
>> Kanak - Kanak yang di ajar dengan sebaiknya akan menjadi anak yang tahu adab, bukan berlari sesuka hati sampai tak hormat orang lain.