31 July 2010

PPKI SK Alor Pongsu Beraksi Di Bukit Merah Laketown Resort

Buat pertama kalinya, PPKI SK Alor Pongsu mendapat satu penghargaan dimana pelajar - pelajar pendidikan khas di jemput membuat persembahan tarian 1 Malaysia bertempat di Bukit Merah Laketown Resort pada 31hb Julai 2010. Pelajar Pendidikan Khas membuat 2 kali persembahan pada hari yang sama iaitu pada jam 3pm dan 5pm... Ramai Pengunjung memberikan tepukan yang gemuruh kepada pelajar - pelajar ini setelah habis persembahan.

Alhamdulillah, pelbagai pujian di terima daripada penggunjung yang melihat persembahan pelajar. Secara tidak langsung, pujian - pujian tersebut telah menggangkat nama baik pelajar - pelajar Pendidikan Khas bahawa mereka mampu memberi yang terbaik walaupun didalam status Orang Kurang Upaya (OKU). Sidang akhbar juga memberi pengiktirafan dengan memaklumkan kepada orang umum bahawa pelajar - pelajar ini mampu memberikan persembahan. Terima Kasih kepada Bukit Merah Laketown Resort kerana menjemput pelajar pendidikan khas dari SK Alor Pongsu untuk membuat persembahan. Terima Kasih atas penghargaan tersebut.

Begitu juga dengan Media Cetak iaitu Berita Harian dan Sinar Harian kerana memampangkan nama SK Alor Pongsu. Secara tidak langsung, Masyarakat boleh menerima kehadiran pelajar - pelajar OKU untuk di iktiraf dan mampu melakukan sesuatu dengan sebaiknya.



20 July 2010

Guru Baru dalam PPKI SKAP

Hari ni, PPKI SKAP telah terima seorang lagi guru baru.. Pelajar lepasan Ijazah dalam pendidikan khas dari UPSI.. Mengikut sumber yang boleh di percayai, beliau merupakan seorang yang aktif dan mempunyai ciri - ciri seorang ketua / Pemimpin. Diharapkan apa yang didengar dan dilihat adalah jauh lebih baik pada pandangan realiti berbanding apa yang tertulis diatas sekeping kertas berharga itu. Amiiiinnnnn :)

Beliau adalah seorang lelaki. Nama panggilan Cikgu Azam, berasal dari Kelantan. Berumur 26tahun dan sekolah SKAP merupakan sekolah pertama beliau mengajar selepas tamat pengajian. Mengikut apa yang di perkatakan oleh beliau, mengikut perancangan. Beliau ingin bertunang dengan orang senegeri yang telah dikenali beliau sejak belajar bersama - sama di UPSI.. Diharapkan Usaha murni itu akan termakmul.. Amiiiiinnnn

17 July 2010

Pertandingan Aktiviti Unit Beruniform Pendidikan Khas Daerah Kerian, Perak.


Pertandingan Aktiviti Unit Beruniform Pendidikan Khas Daerah Kerian, Perak. Alhamdulillah, tarian ini mendapat Johan Antara Sekolah2 Rendah Pendidikan Khas Daerah Kerian... Hope dpt kekalkan kejuaraan di masa akan datang... Amiiiinnnnn

Terdapat 5 ketegori Pertandingan Tarian, Memasang Khemah, Kawat Kaki, Kain andoh dan Cari harta karun. SKAP mampu merangkul 4 ketagori iaitu :-

Tempat pertama - Pertandingan Tarian dan Memasang Khemah
Tempat ke-2 - Pertandingan Kawad Kaki
Tempat Ke-3 - Pertandingan Kain anduh

klik link ini untuk melihat tarian dari pelajar SK Alor Pongsu... berikan coment anda...

http://www.youtube.com/watch?v=X3AXgN8pCQw