21 August 2009

Sambutan Israk & Mikraj

Akhirnya kita akan bertemu sekali lagi dengan bulan Rahmadan yang penuh dengan keberkatan yang juga dikenali sebagai bulan seribu pahala. Sempena menyambut bulan Rahmadan, pihak sekolah SK Alor Pongsu yang di uruskan oleh persatuan J-QOF telah mengadakan pertandiangan sempena sambutan israk dan mikraj. Pertandingan di jalankan bertempat di dewan sekolah SK Alor Pongsu. Pelbagai pertandingan di adakan seperti pop kuiz, mencari silang kata dan banyak lagi. Di bawah ini antara gambar - gambar sepanjang aktiviti di jalankan.


17 August 2009

Sambutan Hari Kemerdekaan

Alhamdulillah, sekali lagi warga SK Alor Pongsu menyambut Hari Kemerdekaan kali ke 52. Walaupun sambutan secara sederhana di sebabkan mengelak wabak virus H1N1 tetapi kemeriahan tetap di rasakan bagi warga SK Alor Pongsu. Jeritan dan laungan "Merdeka" cukup bersemangat dan secara tidak langsung menaikkan semangat seorang wira yang cintakan kedamaian sebuah kemerdekaan.