30 July 2009

Majlis Perpisahan En. K.Raman & Cikgu Ridzuan

Terlebih dahulu di ucapkan tahniah kepada En. K.Raman & Cikgu Ridzuan kerana permohonan mereka untuk berpindah ke sekolah lain telah di luluskan. Atas sumbangan mereka berdua sepanjang berkhidmat di Sek. Keb. Alor Pongsu, Pihak sekolah telah mengadakan satu majlis perpisahan sebagai satu penghargaan buat mereka sepanjang perkhidmatan mereka. Semoga mereka berjaya dan terus menjadi insan yang berguna sama ada untuk masyarakat, agama ataupun negara. Semoga dapat bertemu dan bersua di waktu akan datang... Good Luck untuk mereka.

Guru Besar Cikgu Yeop b. Mat menyampaikan hadiah sebagai
tanda ingat ingatan kepada En. K.Raman

Guru Besar Cikgu Yeop b. Mat menyampaikan hadiah sebagai
tanda ingat - ingatan kepada Cikgu Ridzuan

18 July 2009

IBU MISALI

PENERIMA ketiga berjalan perlahan-lahan turun dari pentas. Di lehernya,telah terkalung pingat "Ibu Misali". Tangan kanannya menggenggam erat satusampul dan segulung sijil. Tangan kirinya pula memegang beberapa hadiahiringan. Anaknya setia melangkah di sisi.

"Sekarang ...," suara pengacara majlis bergema kembali, "Tibalah kitakepada penerima anugerah "Ibu Misali" yang terakhir. Penerima ini agak laindaripada yang lain dan sungguh istimewa. Untuk itu, dipersilakan PuanAfifah Rashid naik ke pentas bersama- sama Cik Nurul Humairah, untuk tampilmemperkenalkan ibunya. Dipersilakan. "

Mataku tercari-cari pasangan ibu dan anak yang bakal mengambil tempat itu.Di barisan penonton paling hadapan, aku dapati seorang anak gadis berkulithitam manis dan bertubuh tinggi lampai, sedang berusaha memujuk seorangwanita dalam lingkungan usia 60-an untuk bangun.

Aneh, kenapa ibu yang seorang ini nampaknya begitu keberatan untuk naik kepentas? Kenapa dia tidak seperti tiga orang penerima sebelumnya, yangkelihatan begitu bangga menapak naik ke pentas, sebaik sahaja merekadijemput?

Hampir lima minit kemudian, barulah tampak si anak gadis yang memakaisepasang kebarung bertanah ungu dan berbunga merah jambu serta bertudungungu kosong, bersusah payah memimpin ibunya naik ke pentas.

Ibu itu pun menduduki kerusi yang telah diduduki oleh tiga orang penerimasebelumnya. Anak gadis itu kemudiannya beredar ke pembesar suara. Diaberalih pandang kepada ibunya yang hanya tunduk memerhati lantai pentas.

'Pelik sungguh ibu yang seorang ini. Lagaknya bukan lagak orang yang akanmenerima anugerah. Dia tak ubah seperti seorang pesalah yang sedang menantihukuman. Duduknya serba tak kena. Sekejap beralih ke kanan, sekejapberpusing ke kiri. Tangannya menggentel-gentel baju kurung biru muda yangdipakainya.'

Dehem si anak dalam pembesar suara membuat aku sedikit tersentak.

Tumpuanku yang sekian lama terhala ke pentas, aku alihkan pada buku notaku.Aku menconteng-conteng helaian yang masih putih bersih itu untuk memastikanpenku dalam keadaan yang baik. Kemudian, aku memeriksa kameraku. Filemnyamasih ada. Baterinya masih dapat bertahan.

Sempat juga aku mengerling rakan-rakan wartawan dari syarikat akhbar danmajalah lain yang duduk di kiri kananku. Nampaknya, pen sudah berada dalamtangan masing-masing. Mata mereka sudah terarah kepada ibu di atas pentasdan anak yang sudah pun memulakan bicaranya dengan bismillah dan, memberisalam.

Aku tersenyum dan mengangguk kepada rakan- rakan wartawan yang duduk semejadenganku. Tetapi, senyuman dan anggukanku sudah tidak sempat mereka balas.Aku lantas mengemaskan dudukku mencari posisi yang paling selesa.

"Pertama sekali, saya ingin memanjatkan rasa syukur ke hadrat Allah, keranadengan izin-Nyalah saya dan, mak berada dalam majlis yang gilang-gemilangini. Seterusnya, saya ingin merakamkan penghargaan saya kepada pihakpenganjur yang telah mempertimbangkan mak saya sebagai, salah seorangpenerima anugerah "Ibu Misali" tahun ini."
Suasana menjadi sunyi. Hadirin memberi tumpuan sepenuhnya kepada percakapangadis itu.
"Sebetulnya, ketika saya kecil, saya memang membenci mak. Darjah kebencianitu meningkat setelah saya mendapat tahu Puan Afifah hanyalah mak angkatsaya. Pada masa yang sama, saya merasakan sayalah anak yang paling malang,disisihkan oleh ibu sendiri, dan diperhambakan pula oleh mak angkat untukmembantu menjaga anak-anak kandungnya"

"Membantu menjaga anak- anak kandungnya? Mungkin, persoalan itu sedangpergi balik dalam benak tuan-tuan dan puan-puan sekarang. Persoalan itupasti akan terjawab sebentar lagi, apakala saya mempertontonkan rakamanvideo yang memaparkan kehidupan anakanak kandung mak. Sebelum itu, sayaharus menegaskan bahawa anak-anak yang bakal hadirin lihat nanti bukanterdiri daripada doktor, peguam, jurutera, pensyarah, ahli perniagaan,pemimpin masyarakat, dan guru, seperti mana anak ketiga-tiga "Ibu Misali"yang baru menerima anugerah sebentar tadi."

Suara hadirin yang kehairanan mula kedengaran.

"Inilah dia abang-abang dan kakak- kakak saya!" suara hadirin semakinkedengaran. Mereka tidak dapat membendung rasa kekaguman.

"Yang mengeluarkan berbagai-bagai bunyi itu, Abang Long. Yang sedangmerangkak ke sana ke mari itu, ialah Kak Ngah. Yang sedang mengesot keruang tamu itu, ialah Abang Alang. Yang sedang berjalan sambil berpaut padadinding itu, ialah Kak Anjang. Yang sedang berjalan jatuh dari dapur kedalam bilik itu, ialah Abang Andak."

"Seperti yang tuan-tuan dan puan-puan saksikan, tahap kecacatan fizikal danmental abangabang dan, kakak-kakak saya tidak sama. Daripada yang tidakboleh bercakap dan bergerak langsung, seperti bayi yang baru lahirhinggalah kepada yang boleh berjalan jatuh dan, bercakap pelat-pelat,seperti budak berumur satu atau, dua tahun."

Hadirin yang sebentar tadi bingit suaranya kini terdiam kembali. Merekamenonton video yang sedang ditayangkan itu dengan khusyuknya.

"Untuk pengetahuan semua, abang-abang dan kakak-kakak saya, telahmenjangkau usia 20-an dan, 30-an. Namun, meskipun telah dilatih dengansungguh-sungguh, mereka masih belum pandai mengurus makan minum dan berakkencing mereka sendiri. Lihatlah betapa sukarnya mak hendak melayan makandan, pakai mereka."

"Sewaktu saya berusia enam atau, tujuh tahun, saya sering mencemburuiabang-abang, dan kakak-kakak kerana mereka, mendapat perhatian istimewadaripada mak. Saya iri hati melihat mak memandikan mereka. Saya sakit hatimelihat mak menyuap mereka. Sedang saya disuruh buat semua itu sendiri."

"Mirah dah besar, kan? Mirah dah boleh uruskan diri Mirah sendiri, kan?"Lembut nada suara mak tiap kali dia memujuk saya. Namun, kelembutan itutelah menyemarakkan api radang saya
"Tapi, mak tak adil!" Saya kerap membentak. "Mak buat segalagalanya untukkakak- kakak dan abang- abang. Kalau untuk Mirah, mak selalu berkira!"

"Mirah, abang-abang dan kakak-kakak Mirah tidak secerdas Mirah. Merekacacat!" Berkali-kali mak menegaskan kepada saya. "Sebab itulah mak terpaksamembantu mereka."

"Mereka cacat apa, mak?" Saya membeliakkan mata kepada mak. "Semua anggotamereka cukup. Kaki dan tangan mereka tidak kudung. Mata mereka tidak buta.Yang betulnya, mereka malas, mak!"

"Mirah ... Mirah belum faham, sayang." Suara mak akan menjadi sayu tiapkali dia mempertahankan kakak-kakak dan abang-abang saya. Tetapi, kesayuanitu tidak pernah mengundang rasa simpati saya.

"Apabila difikirkan kembali, saya merasakan tindakan saya itu terlalubodoh. Abang-abang dan kakak-kakak tak pernah kacau saya. Mak pun cumasekali-sekala saja meminta bantuan saya menyuapkan mereka makan ataumenukar kain lampin mereka. Itu pun saya tidak pernah ikhlas menolong.Saya akan merungut tidak henti-henti sepanjang masa saya melakukan itu.Jika makanan yang saya suap tumpah atau jika abang-abang dan kakak-kakakterkencing atas tangan saya, ketika saya sedang menyalin kain lampinmereka, tangan saya ringan saja mencubit atau menampar mereka. Saya tahumereka tidak pandai mengadu perbuatan jahat saya kepada mak. Ketika itu,memang saya langsung tidak punya rasa hormat kepada abang-abang dankakak-kakak. Kepada saya, kehadiran mereka menyusahkan hidup saya."

"Hantarlah abang-abang dan kakak-kakak ke rumah kebajikan, mak." Sayapernah mengusulkan kepada mak, ketika saya berusia sepuluh tahun."Lepas itu, mak dan ayah boleh hidup senang-lenang macam mak dan ayah oranglain. Mirah pun takkan rasa terganggu lagi."

"Mereka anak-anak mak, Mirah. Jadi, maklah yang patut jaga mereka, bukanpetugas-petugas di rumah kebajikan." Begitu reaksi mak setiap kali sayamencadangkan hal itu.

"Saya langsung tidak menghormati, apatah lagi mengagumi pendirian mak.Mak memang sengaja menempah masalah. Mak tidak menghargai jalan keluar yangtelah sedia terentang di hadapannya."

"Rasa geram dan marah saya sampai ke puncaknya, semasa saya berusia duabelas tahun. Pada hari itu, mak demam teruk hingga tidak dapat bangun. Ayahterpaksa ambil cuti untuk membawa mak ke klinik. Lalu, saya ditinggalkanuntuk menjaga abang-abang dan kakak-kakak di rumah.Sebelum meninggalkan rumah, biarpun dalam keadaan yang lemah, berkali-kalimak sempat berpesan kepada saya, agar jangan lupa memberi abang-abang dankakak-kakak makan, dan menukar kain lampin mereka."

Suasana dewan terus sunyi. Hadirin masih khusyuk mendengar cerita gadisitu.

"Itulah kali pertama saya ditinggalkan bersama-sama abang-abang dankakak-kakak, selama lebih kurang lima jam. Jangka masa itu cukupmenyeksakan. Kebetulan pada hari itu, abang-abang dan kakak-kakakbenar-benar mencabar kesabaran saya. Entah mengapa Abang Long enggan makan.Jenuh saya mendesaknya. Abang Alang dan Kak Ngah pula asyik mencirit saja.Letih saya menukar kain lampin mereka. Abang Andak pula, asyik main airketika saya memandikannya. Basah lencun baju saya dibuatnya. Kak Anjangpula, asyik sepahkan nasi dan tumpahkan air.Penat saya membersihkannya. "

"Apabila mak dan ayah pulang, saya sudah seperti kain buruk, tubuh sayalunyai. Saya sudah tidak berupaya melihat muka mak dan ayah. Saya terusmelarikan diri ke rumah ibu kandung saya, yang terletak di sebelah rumahmak. Begitulah lazimnya. Apabila fikiran saya terlalu kacau, saya akan kerumah ibu untuk mencari ketenangan."

"Ibu!" Saya menerpa masuk lalu memeluk ibu. "Kenapa ibu bagi Mirah kepadamak? Kalau ya pun ibu tidak suka Mirah, bagilah Mirah pada orang lain yanglebih menyayangi Mirah, bukan mak."

"Mirah!" Ibu merangkul saya. "Kan dah berkali-kali ibu tegaskan yang ibubagi Mirah kepada mak bukan kerana ibu tak sayang Mirah."

"Lazimnya ibu akan membuka kembali lipatan sejarah hidupnya apabila situasiitu berlaku. Ibu ialah kakak mak. Ibu sakit teruk setelah melahirkan saya.Selama berbulan-bulan ibu terlantar di hospital, mak yang telah menjagasaya. Setelah ibu sembuh, ibu dapat lihat sendiri betapa gembiranya makdapat menjaga seorang anak normal. Justeru, ibu tidak sampai hati hendak memisahkan kami."
"Ibu telah berasa betapa nikmatnya menjaga tujuh orang anak yang pintar dancerdas. Jadi, biarlah nikmat itu turut dirasakan oleh mak pula denganmenjaga Mirah. Lagipun, dengan menyerahkan Mirah kepada mak, ibu masihdapat melihat Mirah membesar di hadapan mata ibu, walaupun Mirah tinggalbersama-sama mak. Dari pemerhatian ibu, ibu rasa, mak lebih menyayangiMirah berbanding dengan anak anaknya yang lain."

"Sayang apa? Ibu tahu tak yang rumah tu macam neraka bagi Mirah? Ibu tahutak yang Mirah ni tak ubah seperti hamba di rumah tu?"

"Jangan besar-besarkan perkara yang kecil, Mirah. Ibu tahu sekali-sekalasaja mak membebankan Mirah dengan kerja-kerja rumah dan tugas menjagaabang-abang dan kakak-kakak Mirah. Itu pun Mirah buat tidak sesungguh hati.Nasi mentahlah, lauk hanguslah, abang-abang, dan kakak-kakak kenalempanglah."

"Mak adu semua kepada ibu, Ya?" Saya masih mahu berkeras meskipun saya tahusaya bersalah.

"Mak jarang-jarang mengadu keburukan Mirah kepada ibu. Ibu sendiri yangkerap mengintai Mirah dan melihat bagaimana Mirah melaksanakan suruhanmak."
"Saya tunduk. Saya sudah tidak sanggup menentang mata ibu."

"Ibu malu, Mirah. Ibu mengharapkan kehadiran Mirah di rumah mak kau itudapat meringankan penderitaan mak.

Tetapi, ternyata kehadiran Mirah di rumah itu menambahkan beban mak."

"Saya benar-benar rasa terpukul oleh kata-kata ibu."

"Ibu rasa, apa yang telah mak beri kepada Mirah, jauh lebih baik daripadaapa yang diberi kepada anak-anaknya sendiri. Mirah dapat ke sekolah.Kakak-kakak dan abang-abang Mirah hanya duduk di rumah. Mirah dapat banyakpakaian cantik. Sedang anak-anak mak yang lain pakaiannya itu-itulah juga.Setiap kali Mirah berjaya dalam peperiksaan, mak sungguh gembira. Dia akanmeminta ibu tolong menjaga abang-abang dan kakak-kakak kerana dia nak lihatMirah terima hadiah."

"Saya tidak sanggup mendengar kata-kata ibu selanjutnya, bukan kerana sayatidak mengakui kesalahan saya, tetapi kerana saya benar-benar malu."

"Saya meninggalkan rumah ibu bukan kerana berasa tersisih daripada ibukandung sendiri, atau berasa kecewa sebab tidak mendapat pembelaan yangdiharap- harapkan. Saya meninggalkan rumah ibu dengan kesedaran baru.""Sesampainya saya ke rumah tempat saya berteduh selama ini,saya dapati makyang belum sembuh betul sedang melayan kerenah abang-abang dan kakak-kakakdengan penuh sabar. Saya terus menghilangkan diri ke dalam bilik keranasaya dihantui oleh rasa bersalah. Di dalam bilik, saya terus resah-gelisah."

"Mirah," panggilan lembut mak seiring dengan bunyi ketukan di pintu biliksaya. "Mirah."

"Saya cepat-cepat naik ke atas katil dan memejam mata, pura-pura tidur."

"Sejurus kemudian, terdengar bunyi pintu bilik saya dibuka. "Mirah dahtidur rupa-rupanya! Kesian. Tentu Mirah letih menjaga abang-abang dankakak- kakak semasa mak, ke klinik siang tadi. Maafkan mak, sayang. Maktahu Mirah masih terlalu muda untuk memikul beban seberat itu. Tapi,keadaan benar- benar terdesak pagi tadi, Mirah. Mak janji, lain kali maktak akan kacau Mirah lagi. Mak akan meminta ibu atau orang lain menjagaabang- abang dan kakak-kakak kalau mak terpaksa tinggalkan rumah"

Sepanjang mak berkata-kata itu, tangan mak terus mengusap-usap dahi saya.Suara mak tersekat-sekat. Saya terlalu ingin membuka mata dan menatap wajahmak ketika itu.

"Mirah, mak tahu Mirah tak bahagia tinggal bersama-sama mak."

Suatu titisan air mata gugur di atas dahi saya. Kemudian, setitik lagigugur di atas pipi saya. Selepas itu, titisan-titisan itu kian rancak gugurmenimpa serata muka dan leher saya.

"Walau apa pun tanggapan Mirah kepada mak, bagi mak, Mirah adalahsegala-galanya. Mirah telah menceriakan suasana dalam rumah ini. Mirahtelah menyebabkan mak berasakan hidup ini kembali berharga. Mirah telah..."

"Mak!" Saya lantas bangun lalu memeluk mak. Kemudian, tiada kata-kata yanglahir antara kami. Yang kedengaran hanyalah bunyi sedu-sedan dan esaktangis.

Peristiwa pada hari itu dan, pada malamnya telah mengubah pandangan sayaterhadap mak, abang-abang dan kakak-kakak. Saya mula merenung dan menilaikeringat mak. Saya mula dapat menerima keadaan kakak- kakak dan abang-abang serta belajar menghormati dan, menyayangi mereka.

Keadaan dewan menjadi begitu sunyi seperti tidak berpenghuni sejak gadisitu berbicara.

Setelah meraih kejayaan cemerlang dalam peperiksaan penilaian darjah lima,saya telah ditawarkan untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat menengah, disebuah sekolah berasrama penuh. Saya telah menolak tawaran tersebut.

"Kenapa Mirah tolak tawaran itu?"

"Bukankah di sekolah berasrama penuh itu Mirah boleh belajar dengansempurna?"

"Betul tu, Mirah. Di sana nanti Mirah tak akan berdepan dengan gangguandaripada abang-abang dan kakak-kakak! "

"Mirah tak menyesal ke, kemudian hari nanti?"

Bertubi-tubi mak dan ayah menyoal. Mata mereka tidak berkelip-kelipmemandang saya.

"Mak, ayah." Saya menatap wajah kedua-dua insan itu silih berganti.

"Mirah ingin terus tinggal di rumah ini. Mirah ingin terus berdampingdengan mak, ayah, abang-abang dan kakak-kakak. "

"Tapi, boleh ke Mirah buat ulang kaji di rumah? Pelajaran di sekolahmenengah itu, bukannya senang." Mak masih meragui keupayaan saya.

"Insya-Allah, mak. Mirah rasa, Mirah dapat mengekalkan prestasi Mirahsemasa di sekolah menengah nanti," balas saya penuh yakin.

Mak dan ayah kehabisan kata-kata. Mulut mereka terlopong. Mata mereka terusmemanah muka saya. Garis-garis kesangsian masih terpamer pada wajah mereka.Sikap mak dan ayah itu telah menguatkan azam saya untuk terus menjadipelajar cemerlang, di samping menjadi anak dan adik yang baik.

Selama di sekolah menengah, mak sedapat mungkin cuba membebaskan sayadaripada kerjakerja memasak dan mengemas rumah, serta tugas menjaga makanpakai abang-abang dan kakak-kakak kerana takut pelajaran saya terganggu.Sebaliknya saya lebih kerap menawarkan diri untuk membantu, lantarandidorong oleh rasa tanggungjawab dan timbang rasa.
Gadis yang bernama Nurul Humairah itu terus bercerita dengan penuhsemangat, apabila melihatkan hadirin di dalam dewan itu mendengar ceritanyadengan penuh minat.

"Saya terpaksa juga meninggalkan rumah sewaktu saya melanjutkan pelajarandi Universiti Kebangsaan Malaysia. Di sana saya membuat pengkhususan dalambidang pendidikan khas. Bidang ini sengaja saya pilih kerana saya inginmenabur bakti kepada segelintir pelajar yang kurang bernasib baik. Disamping itu, pengetahuan yang telah saya peroleh itu, dapat saya manfaatkanbersama untuk abang-abang dan kakak-kakak. "

"Kini, telah setahun lebih saya mengharung suka duka, sebagai seorang gurupendidikan khas di kampung saya sendiri. Saya harus akui,segulung ijazahyang telah saya miliki tidak seberapa nilainya, berbanding denganmutiara-mutiara pengalaman yang telah mak kutip sepanjang hayatnya."

"Sekarang, saya lebih ikhlas dan lebih bersedia untuk menjaga abang-abangdan kakak-kakak. Pun begitu, hati ini sering tersentuh apabila beberapakali saya terdengar perbualan mak dan Ayah."

"Apa akan jadi kepada kelima-lima orang anak kita itu lepas kita tak ada,bang?" suara mak diamuk pilu. yah akan mengeluh, kemudian berkata, "Entahlah. Takkan kita nak harapkanMirah pula?"

"Mirah bukan anak kandung kita." Mak meningkah. "Kita tak boleh salahkandia kalau dia abaikan abang-abang dan kakak-kakaknya."

"Mirah nak tegaskan di sini, mak, yang Mirah akan membela nasib abang-abangdan, kakak-kakak lepas mak dan ayah tak ada. Ya, memang mereka bukansaudara kandung Mirah. Tapi, tangan yang telah membelai tubuh Mirah dantubuh mereka adalah tangan yang sama. Tangan yang telah menyuapkan Mirahdan mereka, juga tangan yang sama. Tangan yang memandikan Mirah dan mereka,adalah tangan yang sama, tangan mak."

Kelihatan gadis yang berkebarung ungu, berbunga merah jambu itu, tunduksambil mengesat air matanya dengan sapu tangannya. Kebanyakan hadirin,khususnya wanita turut mengesat air mata mereka.

Gadis itu menyambung bicaranya. Tiga bulan lalu, saya terbaca mengenaipencalonan anugerah "Ibu Misali" dalam akhbar. Saya terus mencalonkan mak,di luar pengetahuannya. Saya pasti, kalau mak tahu, dia tidak akanmerelakannya. Saya sendiri tidak yakin yang mak akan terpilih untukmenerima anugerah ini, sebab anak- anak mak bukan terdiri daripadaorang-orang yang disanjung masyarakat, seperti lazimnya anak- anak "IbuMisali" yang lain.

"Lorong dan denai kehidupan yang orang-orang seperti mak lalui mempunyaibanyak duri dan, ranjau berbanding dengan ibu-ibu lain. Betapa keimanan maktidak tergugat biarpun berdepan dengan dugaan yang sebegini hebat. Tiadarasa kesal. Tiada rasa putus asa. Tidak ada salah-menyalahkan antara makdan ayah."

"Maafkan Mirah sekali lagi, mak. Hingga ke saat- saat terakhir tadi, makmasih tidak menyenangi tindakan Mirah mencalonkan mak, untuk menerimaanugerah ini. Mak merasakan diri mak terlalu kerdil lebih-lebih lagisetelah mak mendengar pengisahan "Ibu Misali" pertama, kedua dan ketiga.Berkali-kali mak tegaskan yang mak menjaga anak-anak mak bukan keranamahukan anugerah ini, tapi kerana anak-anak adalah amanah Tuhan."

"Saya ingin jelaskan di sini bahawa saya mencalonkan mak untuk anugerahini, bukan dengan tujuan merayu simpati. Saya cuma berharap kegigihan danketabahan mak akan dapat direnung oleh ibu-ibu lain, terutama ibu-ibu mudayang senang-senang mendera dan mencampakkan anak mereka yang cornel,segar-bugar serta sempurna fizikal dan, mental."

"Sebagai pengakhir bicara, sekali lagi saya ingin merakam penghargaan sayakepada pihak penganjur, kerana telah mempertimbangkan mak saya sebagaisalah seorang penerima anugerah "Ibu Misali" tahun ini. Semoga pemilihanmak ini akan memberi semangat baru kepada ibu-ibu lain yang senasib denganmak."

"Sekian, wassalamualaikum warahmatullah. "

Gadis itu beredar meninggalkan pembesar suara.

Penku telah lama terbaring. Buku notaku telah lunyai dek air matakusendiri. Bahuku dienjut-enjut oleh sedu- sedanku. Pandanganku menjadikabur. Dalam pandangan yang kabur-kabur itu, mataku silau oleh pancarancahaya kamera rakan semejaku. Aku segera mengangkat kameraku dan menangkapgambar secara rambang tanpa mengetahui sudut mana atau, apa sebenarnya yangtelah menarik perhatian wartawan-wartanan lain.

'Bertenang. Kau di sini sebagai pemberita. Kau seharusnya berusaha mendapatskop yang baik, bukan dihanyutkan oleh perasaan kau sendiri.'Terdengar pesanan satu suara dari dalam diriku.
Lantas, aku mengesat air mataku. Aku menyelak buku notaku mencari helaianyang masih belum disentuh oleh air mataku. Aku capai penku semula.

"Demikianlah kisah pelayaran seorang ibu di samudera kehidupan yang tidaksunyi dari ombak dan badai. Sekarang, dijemput Yang Berbahagia Puan SriSalwa Najwa dengan diiringi oleh Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan "IbuMisali" untuk menyampaikan anugerah "Ibu Misali" serta beberapa hadiahiringan kepada Puan Afifah Rashid. Yang Berbahagia Puan Sri dipersilakan."

Nurul Humairah membantu maknya bangun. Kemudian, dia memimpin maknyamelangkah ke arah Yang Berbahagia Puan Sri Salwa Najwa. Lutut maknyamenggeletar. Namun begitu kerana dia tidak berdaya menahan perasaannya diaterduduk kembali di atas kerusi.

Melihatkan itu, Yang Berbahagia Puan Sri Salwa Najwa sendiri datangmendapatkan Puan Afifah, lalu mengalungkan pingat itu. Setelah itu, beliaumenyampaikan beberapa hadiah iringan. Air mata Puan Afifah berladung.

Tepukan gemuruh bergema dari segenap penjuru dewan. Sejurus kemudian,seorang demi seorang penerima anugerah "Ibu Misali" sebelumnya, naik kepentas bersalaman dan berpelukan dengan Puan Afifah. Bertambah lebatlahhujan air mata penerima anugerah "Ibu Misali" yang terakhir itu.

(Dewan Sastera Mei 2000)
OLEH NORHASHIMAH HASHIM